TNB Remaco mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong berikut :
1. JURUTEKNIK TINGKATAN BIASA (ELEKTRIKAL)
Bilangan Kekosongan : 10 kekosongan
Gaji permulaan : RM 1400 – tidak termasuk elaun
Perlantikan adalah secara kontrak untuk tempoh satu (1) tahun. Jika didapati di dalam tempoh satu (1) tahun prestasi yang ditunjukkan oleh pekerja adalah memuaskan, maka calon ini bolehlah dilantik sebagai pekerja tetap di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat Perkhidmatan Pekerja Bukan Eksekutif TNB Repair And Maintenance Sdn. Bhd.
Jabatan/ Bahagian : TNB Repair And Maintenance Sdn. Bhd. (TNB REMACO)
Lokasi Stesen/Markas ; TNB REMACO di Utara Semenanjung Malaysia termasuk di Stesen-stesen Diesel di Pulau-Pulau (Tioman, Perhentian,Redang )
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia berumur 28 tahun ke bawah.
- Sekurang-kurangnya berpengalaman selama satu (1) tahun sebagai Juruteknik dalam bidang elektrikal.
- Tidak rabun warna dan sihat tubuh badan (tidak menghidap sebarang penyakit kronik).
- Boleh bekerja dalam satu pasukan.
- Calon-calon yang memiliki sijil kompeten (A4) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga adalah satu kelebihan.
Calon perlu memiliki kelayakan akademik :
- Sijil atau Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) dari Politeknik Tempatan dan Universiti-universiti yang diiktiraf kerajaan .
o Minima CGPA 3.00 bagi peringkat Sijil
o Minima CGPA 2.60 bagi peringkat Diploma
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan mendapat Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam matapelajaran berikut :
- Bahasa Inggeris
- Matematik
Calon yang tidak memenuhi syarat akademik di atas tidak perlu memohon.
Calon-calon yang berminat diminta mengisi Borang Permohonan Jawatan 188A yang dilampirkan bersama iklan ini dan menghantarkan sesalinan ‘RESUME/CV” yang lengkap dengan menyatakan:-
- Maklumat peribadi
- Pengalaman
- Sertakan salinan sijil SPM & sijil lain yang berkaitan
- Sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan)
- Nombor telefon (telefon bimbit / rumah / pejabat) serta
- Alamat e-mail untuk dihubungi
ke alamat berikut:
PENGURUS (SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN)
TNB Repair And Maintenance Sdn. Bhd. (TNB REMACO)
Level 23A, PJX-HM Shah Tower
No. 16A Persiaran Barat
46050 Petaling Jaya
Selangor DE
Sebarang pertanyaan hendaklah diajukan ke : Tel. 603-79642600 / 603-79642742 / 603-79642755 /603-79642752
Tarikh Tutup Permohonan : 16 Ogos 2013 (Jumaat)
IKLAN JAWATAN
DOWNLOAD FORM
0 comments:
Post a Comment