Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia. Keutamaan diberi kepada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus bagi memenuhi jawatan berikut:-
1. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N17
Cara Memohon:
a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang SPA.1 Pin.7/91 yang boleh dimuat turun di laman web ns.gov.my atau pada link muat turun dibawah dan Laman Informasi, Tingkat G, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban.
b) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan yang diakui sah, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran dan lain-lain dokumen yang berkaitan berserta gambar berukuran passport. Bagi pemohon yang lahir di luar Negeri Sembilan hendaklah mengemukakan salinan Sijil Lahir ibu/bapa yangdiakui sah yang membuktikan kelahiran Negeri Sembilan.
c) Calon-calon yang berkelayakan dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.
d) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
e) Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:
Y.B. Setiausaha Kerajaan
Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri
70503 Seremban
(u.p. : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
f) Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Ogos 2013 jam 5.00 petang.
Perhatian :
Permohonan yang lewat diterima, tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan tidak lengkap dengan dokumen-dokumen sokongan yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.
0 comments:
Post a Comment