Breaking News
Loading...
Sunday, August 11, 2013

MAJLIS UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA

Sunday, August 11, 2013
Majlis Universiti Islam Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:

1) PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29 ( Gaji Awal : RM1,745.69)

Kelayakan:
a)    Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat / Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya,  

b)    Kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia  (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
c)    Keutamaan diberi kepada yang mempunyai berpengalaman selama 2 tahun dalam bidang tersebut.

Kemahiran yang diperlukan :
  1. Keutamaan yang boleh melakukan pelbagai kerja (multi tasking) berkaitan Teknologi Maklumat
  2. Berpengetahuan dalam kerja rekabentuk dan grafik - Adobe Photoshop, Adobe InDesign, Illustrator, CorelDraw, Flash dan lain-lain
  3. Berpengetahuan dalam pembangunan portal - Joomla, HTML, Dreamweaver dan lain-lain
  4. Berpengetahuan asas terutama dalam bahasa pengaturcaraan ‘web programming’ seperti ASP.net, PHP, JavaScript dan lain-lain. Mengetahui bahasa pengaturcaraan yang lain adalah kelebihan seperti Visual Basic, C++ dan sebagainya.
  5. Berpengetahuan asas dalam pangkalan data - MS Access dan My SQL
ELAUN LAIN
Imbuhan Tetap Perumahan
RM 180 
Imbuhan Tetap Khidmat Awam
RM 145 
Bantuan Sara Hidup
RM 300
Elaun Petrol
RM 150 
Elaun Telefon
RM 150 


2) JURUTEKNIK KOMPUTER FT17 ( Gaji Awal : RM952.66)

Kelayakan :
a)     Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan / Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan / Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan / sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data / sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya,

b)    Kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia  (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran  Malaysia SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

c)    Keutamaan diberi kepada yang mempunyai berpengalaman selama 2 tahun dalam bidang tersebut.

Kemahiran yang diperlukan :
  1. Berkebolehan dalam Sistem Operasi - Windows XP, Windows 7, Windows Vista dan sebagainya.
  2. Berkebolehan dalam Microsoft Office / Outlook - Office 2010/2013, Office XP dan lain-lain.
  3. Boleh melakukan kerja membaiki, menyelesaikan masalah teknikal dan melakukan servis untuk komputer, pencetak dan ‘network cable’di universiti.
  4. Berpengalaman dan berpengetahuan dalam peralatan Router, Modem, Switching, Firewall dan lain-lain.
  5. Berpengalaman dan berpengetahuan dalam LAN, WAN dan berkaitan jaringan network.
ELAUN LAIN
Imbuhan Tetap Perumahan
RM 180 
Imbuhan Tetap Khidmat Awam
RM 95
Bantuan Sara Hidup
RM 300
Elaun Petrol
RM 150 
Elaun Telefon
RM 150 

CARA MEMOHON

1.  Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Bagi Pelantikan Jawatan MUIM yang boleh dimuat turun dari laman web Majlis Universiti Islam Malaysia www.muim.my atau muim.com.my.
2.  Borang permohonan hendaklah disertakan bersama salinan sijil akademik tertinggi mengikut kelayakan skim berkaitan.
3.  Borang    permohonan    yang   telah   lengkap   hendaklah  di emelkan  kepada nurulhuda@muim.my   dan  smfirdaus@muim.my

4.  Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Ogos 2013

5.  Sebarang pertanyaan boleh dihubungi di talian berikut: 03-89275667 / 03-89202912



0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer