Breaking News
Loading...
Tuesday, August 13, 2013

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

Tuesday, August 13, 2013

Pegawai Kerajaan Untuk Berkhidmat Di Pejabat Perwakilan Pertanian Luar Negara Tahun 2013.  Pegawai Kerajaan Malaysia yang sedang berkhidmat dengan kerajaan Malaysia adalah dipelawa memohon mengisi jawatan yang terdapat di Pejabat Perwakilan Pertanian luar negara seperti berikut:-

1. JAWATAN ATASE PERTANIAN GRED 48 (TERBUKA)
i. Pejabat Perwakilan Pertanian Beijing, Bangkok, Sydney, Washington dan Jepun

2. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Calon-calon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-

i. Terdiri daripada warganegara Malaysia;

ii. Mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan Kerajaan sekurang-kurangnya 6 tahun sebagai pegawai Kerajaan;

iii. Sedang menjawat gred jawatan yang dipohon secara hakiki atau secara pemangkuan;

iv. Telah disahkan dalam perkhidmatan;

v. Mempunyai markah Laporan Nilaian Prestasi yang cemerlang iaitu sekurang-kurangnya 85% bagi 3 tahun terakhir secara berturut-turut (2010, 2011 dan 2012);

vi. Berumur tidak lebih dari 50 tahun pada tarikh tutup permohonan;

vii. Mempunyai prestasi kerja di tahap cemerlang;

viii. Memenuhi syarat pelantikan yang ditetapkan untuk jawatan peminjaman; dan

ix. Mempunyai kompetensi dan pengetahuan kerja yang sesuai dengan bidang tugas di jawatan pinjaman.

3. KEUTAMAAN KELAYAKAN
Keutamaan diberi kepada pemohon-pemohon berikut:-

i. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang jenis kerja yang perlu dilaksanakan seperti akses bagi sektor pertanian, pengurusan dan pentadbiran pejabat, pengurusan pemasaran dan promosi, pengurusan kewangan dan akaun serta risikan pasaran;

ii. Mempunyai perwatakan & peribadi yang sesuai dengan seorang Pegawai Perwakilan Luar Negeri, berdikari dan boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum;

iii. Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris serta bahasa rasmi negara yang dipohon;

iv. Bebas dari tindakan tatatertib; dan

v. Disahkan sihat oleh pegawai perubatan kerajaan.

4. CARA MEMOHON
i. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang KP/PSA/AB/BORANG ATASE

ii. Semua permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan; dan

iii. Borang permohanan yang lengkap hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan berkaitan yang disahkan dan dikemukakan kepada:-

Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Aras 6, Menara 4G1, Wisma Tani
No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62624 PUTRAJAYA
(u.p.: Pn Sharifah Nadia binti Syed Mohd Fadzil )


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer