TEMUDUGA
Sebab utama ramai orang gagal dalam temuduga adalah disebabkan oleh
beberapa tanggapan salah, atau mitos, tentang apa sebenarnya yang
berlaku semasa sesi temuduga dijalankan. Semua orang tahu yang tujuan
utama temuduga adalah untuk penemuduga mencari pekerja yang layak untuk
sesuatu jawatan, tetapi tidak ramai orang yang memahami bagaimana
temuduga dijalankan dan apakah sebab yang membuat seseorang calon itu
lebih layak dari yang lain. Ketidakfahaman ini adalah punca utama
seseorang calon itu tidak dapat menunjukkan prestasi yang
memberangsangkan semasa menghadiri temuduga dan tidak dapat memberi
jawapan yang bernas semasa sesi soaljawab dikemukakan oleh penemuduga.
Temuduga tidak mempunyai apa-apa kelainan dari usaha-usaha lain dalam
kehidupan ini, lebih baik pemahaman anda tentang bagaimana lancarnya
sesuatu temuduga dijalankan (ataupun tidak berjalan lancar), adalah
lebih tinggi peluang anda menanganinya dengan jayanya. Dengan memahami
secara dinamiknya dasar secara semulajadi sesuatu temuduga, adalah satu
permulaan yang penting dalam memperbaiki prestasi anda dalam temuduga.
TIPS TEMUDUGA 1
*Mitos No. 1: Calon yang paling layak akan dapat tawaran kerja.
Kerapkali ada kebenarannya tentang perkara ini - terutamanya apabila
seseorang itu mengenali seseorang yang lain, selalunya bila ada syarikat
yang mengambil kakitangan dalaman untuk kenaikan pangkat.
Walaubagaimanapun, ini bukanlah selalu terjadi. Sekiranya seseorang itu
berkemungkinan paling layak mendapat jawatan tersebut, ada beberapa
kriteria penting yang patut dipatuhi (itupun bukan satu jaminan).
Ini termasuk :-
Ø penemuduga mahir tentang apakah bentuk soalan yang akan ditanya
dan mereka sentiasa peka tentang kebenaran di atas setiap jawapan yang
diterima. Kedua-dua perkara ini nampak mudah, tetapi saya pasti yang
sebahagian besar daripada mereka yang mengendalikan temuduga itu tidak
mendapat apa-apa bentuk latihan pun, tiada pengalaman sebagai penemuduga
dan kerapkali mereka tidak membuat apa-apa persediaan pun untuk temuduga
itu.
Ø penemuduga tidak mungkin tertarik tentang sifat fizikal,
berperwatakan cantik, sifat lucu dan sebagainya terhadap seseorang calon
temuduga. Perkara-perkara tersebut adalah agak susah hendak diatasi
walaupun oleh seorang penemuduga yang berpengalaman.
Ø calon temuduga telah mempelajari bagaimana cara untuk menunjukkan
kemahiran mereka dengan jelas, pencapaian terbaik mereka dan bagaimana
mereka boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi syarikat.
Ø tidak akan berlaku pertindihan keperibadian di antara penemuduga
dan calon temuduga.
Ø kedua-dua pihak tidak berhadapan dengan apa-apa masalah.
Sesetengah majikan – selalunya yang telah dikritik kerana pernah memilih
calon yang salah pada masa dahulu – telah membuat satu garis panduan
pengambilan pekerja yang profesional supaya dapat mengurangi dari
berlakunya kesilapan. Ada waktunya prosedur ini banyak membantu dan amat
berkesan dalam membuat pemilihan calon, tetapi ia tidak menjamin yang
calon yang paling layak mendapat tawaran jawatan itu. Akhirnya satu
analisis telah dibuat, yang pemilihan seseorang untuk mengisi sesuatu
jawatan memerlukan sekurang-kurangnya seorang individu untuk membuat
keputusan, dan tidak kiralah apa pun usaha yang dibuat untuk
menghapuskan fikiran subjektif, sifat pilih kasih dan telah pun ada
pilihan sendiri – walaubagaimanapun berusaha untuk menjauhinya. Di dalam
dunia yang unggul ini, calon yang terbaik untuk sesuatu jawatan itulah
yang mendapatnya; sebaliknya, kebenarannya calon yang menunjukkan
prestasi terbaik semasa temuduga yang mendapat kemenangan. Pengajaran
yang dapat diambil dari sini ialah :
Ø jangan secara otomatik menarik diri dari memohon sesuatu jawatan
jika sekiranya anda dapat tahu sudah ada calon yang lebih layak ada
memohon jawatan yang sama. Jika sekiranya anda berusaha untuk membuat
persediaan yang secukupnya, ada kemungkinan besar anda akan menjadi
calon pilihan – terutamanya apabila calon yang seorang lagi mengambil
mudah dan tidak membuat apa-apa persediaan untuk menghadiri temuduga.
Ø jika sekiranya anda mendapat tahu anda paling layak untuk
mengisi jawatan tersebut jangan sekali-kali mengambil mudah tentang
temuduga itu. Hendaklah berkelakuan seperti anda sedang bersaing dengan
musuh yang amat menakutkan. Ambil masa untuk membuat persediaan dengan
teliti. Bukan bererti anda mempunyai pengalaman, anda telah tahu
bagaimana hendak menyampaikan pendapat anda semasa menghadapi temuduga.
TIPS TEMUDUGA 2
Mitos No. 2: Temuduga adalah seperti mengambil peperiksaan di sekolah –
lebih banyak anda berkata, lebih baik prestasi anda.
Benar, temuduga ada sedikit persamaan dengan peperiksaan, di mana anda
diminta menjawab soalan-soalan dengan jawapan yang bijak, dan di situlah
persamaan itu berakhir. Tidak seperti peperiksaan, di mana banyak
jawapan yang tepat diperlukan, temuduga pula adalah berbeza kerana ia
memerlukan interaksi dan hubungan yang baik dan pada masa yang sama
menjawab soalan dengan jelas dan bijak. Jawapan yang baik tidak perlu
terlalu terperinci. Sebenarnya, jawapan yang terlalu terperinci dan
panjang boleh mengganggu perhatian penemuduga, walaupun mengandungi
fakta yang secara teknikalnya amatlah tepat. Mengetahui bila hendak
berhenti bercakap adalah satu kemahiran yang patut ada pada semua calon
temuduga.Berbeza dengan peperiksaan, dalam temuduga selalunya tidak ada
jawapan yang betul atau salah. Kita adalah berbeza dan datang ke
temuduga dari latarbelakang yang berbeza, beri bukti yang kukuh di atas
semua tindakan anda dan bercakaplah tentang percapaian anda dengan penuh
yakin.
TIPS TEMUDUGA 3
Mitos No. 3: Penemuduga tahu apa yang mereka buat.
Sesetengah penemuduga amat bijak tentang apa yang mereka lakukan,
terutamanya mereka yang profesional dan menjadikannya kerja sepenuh
masa(sekiranya mereka tidak letih dengan kerja). Sebaliknya, kebanyakan
pengurus dan tuan punya perniagaan kecil menghadapi kesukaran kerana
temuduga bukanlah kerja yang sering mereka lakukan. Sebahagian dari
contoh temuduga yang tidak baik adalah :-
Ø mereka sahaja yang banyak bercakap
Ø mereka kelihatan telah membuat keputusan terhadap anda dalam lima
minit pertama temuduga dijalankan
Ø mereka nampak seperti mendapatkan soalan secara rambang dari langit
Ø telefon mereka sentiasa berdering dan dijawab semasa sesi temuduga
Ø mereka kelihatan tidak jujur sebagai jurujual semasa menjual kerja
tersebut pada anda
Sebahagian dari temuduga yang baik ialah:-
Ø mereka telah pun terlebih dahulu menyediakan soalan dengan teratur
Ø mereka ingin tahu apa yang anda buat dan bagaimana anda telah
melakukannya, termasuk meminta contoh-contohnya
Ø mereka membiarkan anda yang banyak bercakap
Ø mereka ingin menemuduga anda lebih dari sekali
Ø mereka sentiasa berusaha membuat anda berasa selesa
Ø mereka secara jujurnya berminat dengan kemampuan anda, kemahiran dan
suka pada sikap anda.
Penemuduga yang tidak berpengalaman selalunya tidak bertanyakan soalan
yang tepat dan dengan mudah mengalihkan perhatian kepada perkara-perkara
yang tidak ada kaitan dengan kemampuan anda untuk menjalankan kerja.
Oleh itu sekiranya anda di temuduga oleh mereka yang tidak
berpengalaman, jangan tunggu untuk ditanya soalan yang baik – ataupun
dibenarkan anda untuk bercakap tentang kemahiran yang menyeronokkan dan
berkualiti. Ambillah sikap yang tidak terlalu menonjol dengan bercakap
tentang perkara-perkara yang anda rasa mereka berminat hendak tahu.
Walaubagaimanapun situasi begini tidak selalu berlaku – terutama sekali
jika anda ditemuduga oleh seseorang yang bersikap paksaan begitu, jangan
panik. Katakan pada diri anda temuduga hanyalah untuk menjalin hubungan
yang baik, di mana ia hanyalah sesi soaljawab. Oleh itu bersetuju
sahajalah, senyum dan tunjukkan sikap yang terbaik – penemuduga yang
banyak bercakap suka kepada seseorang yang bersetuju dengan pendapat mereka.
TIPS TEMUDUGA 4
Mitos No. 4: Jangan sekali-kali mengatakan ”Saya tidak tahu”
Temuduga adalah berkisar tentang tanggapan yang positif dengan menjawab
soalan-soalan dengan bijak dan menjalinkan hubungan yang baik dengan
penemuduga. Di penghujungnya, ramai calon merasakan yang mereka
hendaklah memberi jawapan yang tepat kepada setiap soalan yang
dikemukakan, tanpa mengira samada benar-benar mengetahui jawapannya.
Jelaslah,temuduga yang hebat adalah di mana anda dapat menjawab semua
soalan (dan anda semestinyalah dapat melakukannya seandainya anda
mengambil sedikit masa untuk menyediakannya dengan betul); sebaliknya
jika anda tidak mengetahui akan sesuatu jawapan, adalah lebih elok anda
mengakuinya daripada berpura-pura mengetahuinya atau mula bercakap
berjela-jela tanpa mengetahui kewajarannya. Kebanyakan penemuduga dapat
merasakan omong kosong anda sejak mula lagi dan mereka tidak suka kerana
beberapa sebab; pertama, berkemungkinan akan membuat anda kelihatan
tidak jujur. Adalah lebih baik sekiranya anda tidak menghadiri temuduga
sekiranya anda mempamerkan ketidakjujuran atau kebijaksanaan anda.
Percubaan anda untuk menjawab soalan yang anda tidak mahir boleh
memudaratkan sesi temuduga yang sepatutnya hebat. Ini tidak bermakna
yang anda tidak boleh mencuba memberi jawapan yang anda tidak pasti.
Tiada salahnya anda berterus terang. Mungkin ini adalah jawapan yang
anda boleh cuba:
Secara jujurnya saya katakan yang saya tidak berapa mahir dalam bidang
ini, walaupun saya amat meminatinya. Sekiranya tidak menjadi keberatan,
saya ingin mencuba untuk menangani isu tersebut, sekiranya tuan tidak
mengharapkan jawapan yang tepat.
atau:
Saya ingin menjawab soalan tersebut, tetapi terus-terang saya katakan
ini adalah bukan bidang yang saya mahir, walaupun saya amat meminati
untuk menambahkan pengetahuan saya mengenainya.
TIPS TEMUDUGA 5
Mitos No. 5: Orang yang berketerampilan mendapat kerja
Saya jangkakan sekiranya jawatan tersebut adalah untuk mereka-mereka
yang anggun bergaya habis seperti di dalam layar perak, jadi mereka yang
berketerampilan begitu amat membantu, tetapi bagi kebanyakan jawatan
lain keterampilan anda tidaklah memberi kesan. Seperti yang telah
dibincangkan, memang terdapat majikan yang tidak berpengalaman akan
menawarkan kerja kepada seseorang berdasarkan faktor luaran, tetapi
kebanyakan majikan adalah bijak memilih. Anggapan yang mereka yang
berketerampilan atau anggun lebih mudah mendapat kerja dari mereka yang
biasa-biasa adalah satu anggapan yang salah – bahawa majikan menggemari
keterampilan seseorang melebihi mata pencarian mereka. Semua pengalaman
saya telah mengajar saya sebaliknya. Kebanyakan perniagaan berada dalam
suasana persaingan yang hebat dan majikan amat prihatin bahawa kesilapan
dalam memilih pekerja adalah amat mahal.
Ini tidak bermakna bahawa keterampilan dan kebijaksanaan seseorang
adalah tidak mustahak. Adalah amat penting anda berpakaian yang segak
atau bersesuaian dan cuba sedaya upaya untuk menonjolkan semua kualiti
mesra anda. Penampilan yang baik memanglah dipandang hebat di dalam
temuduga, tetapi bukannya penampilan yang bersesuaian dan mesra.
TIPS TEMUDUGA 6
Mitos No. 6: Kalau jawapan anda adalah lebih baik dari yang lain, anda
akan ditawarkan kerja
Kebolehan untuk menjawab dengan terang dan jelas semasa ditemuduga
amatlah mustahak, dan kegagalan untuk berbuat demikian bermakna anda
tidak akan berjaya mendapat tawaran kerja. Walaubagaimanapun, temuduga –
seperti yang telah kita lihat – adalah lebih dari hanya menjawab dengan
betul dan tepat. Ia juga berkisar tentang meyakinkan penemuduga yang
anda adalah seorang yang mesra untuk bekerja. Dengan lain perkataan, ia
tidak memberi apa-apa faedah berapa baik jawapan anda secara
teknikalnya, seandainya penemuduga tidak menggemari anda, anda tidak
akan berpeluang mendapat tawaran pekerjaan (kecuali bakat anda adalah
hebat, amat sukar di temui ataupun penemuduga itu adalah tersepit).
Jadi elaklah daripada berfikiran bahawa temuduga adalah dengan memberi
jawapan yang betul. Temuduga juga adalah tentang menzahirkan hubungan
silatulrahim yang baik dan kepercayaan, dan di samping tiada cara yang
selamat di dalam hal ini, terdapat perkara-perkara yang anda boleh
lakukan (dan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan) yang boleh
membawa anda lebih jauh untuk memperbaiki kemahiran anda di dalam semua
aspek temuduga.
TIPS TEMUDUGA 7
Mitos No. 7: Anda mesti mencuba menjawab dengan tepat.
Saya ada terdengar ada orang yang terperangkap dengan percakapan
sendiri, mengulangi sesuatu beberapa kali dan bercakap perkara yang sama
kerana ingin mencuba untuk memberi jawapan yang terbaik.—ataupun mereka
memikirkan mereka dapat memberi jawapan yang tepat. Sesetengah orang
terlalu obses terhadap memperolehi jawapan yang tepat dan mereka mencuba
tanpa henti sehingga pada pandangan mereka telah mendapat maklumbalas
yang terbaik dari penemuduga.
Tetapi kita tidak akan dapat memastikan apa sebenarnya yang ingin
didengari oleh penemuduga, kebanyakan kita terus bercakap dengan harapan
dapat melitupi setiap ruang yang ada. Masalahnya dengan cara yang
sebegitu, kita akhirnya telah bercakap terlalu banyak, di mana mungkin
mengakibatkan penemuduga hilang tumpuan dan oleh sedemikian, di situ
mungkin berakhirnya temuduga anda.Sebenarnya dalam kebanyakan kes tidak
pernah ada jawapan yang tepat. Pengajarannya di sini ialah: ada banyak
faktor yang membawa kepada jawapan yang baik, iaitu kita hendaklah
memberi jawapan yang terus kepada tajuk yang dibincangkan dan tidak
berlegar-legar tanpa tujuan untuk mencari jawapan yang tepat.
TIPS TEMUDUGA 9
Mitos No. 9: Relaks dan jadilah diri anda sendiri
Adalah penting untuk relaks dan tunjukkan kebaikan anda, adalah juga
penting untuk memahami yang temuduga bukanlah perjanjian sosial.
Kebanyakan temuduga adalah peristiwa yang tersusun di mana kenyataan
yang tidak menimbulkan kemarahan adalah tidak diterima. Ringkasnya,
menjadi diri sendiri mungkin akan membawa malapetaka (satu perkataan
yang bercanggah). Misalnya, menjadi diri sendiri bermaksud menyandar
pada kerusi, berpakaian compang-camping dan berkelakar, anda akan
menyedari bahawa anda menghadiri beberapa temuduga. Sementara penemuduga
suka mereka yang relaks, mereka juga mempunyai anggapan yang dijangkakan
tentang kelakuan yang bersesuaian untuk menghadiri sesuatu temuduga –
dan anda menyalahgunakan anggapan tersebut untuk membahayakan anda!
TIPS TEMUDUGA 10
Mitos No. 10: Penemuduga mencari kecelaan
Mitos yang berbahaya ini akan membawa para penemuduga untuk mengamalkan
sikap mempertahankan diri, mungkin juga kecurigaan semasa menemuduga.
Sekiranya anda percaya yang penemuduga anda sedang tekun mencari
kecelaan anda, besar kemungkinannya akan melemahkan percubaan anda
untuk membentuk hubungan erat dan kepercayaan yang penting. ia juga
boleh menghalang anda untuk terbuka dan memberi jawapan yang baik.
Percayalah bahawa kebanyakan tidak menyediakan soalan-soalan dengan
harapan untuk mencari kecelaan anda. Soalan-soalannya selalunya sudah
disiapkan dengan harapan untuk memberi gambaran keseluruhan secara
mendalam tentang apa yang si penemuduga boleh menyumbang kepada
syarikat. Seorang penemuduga yang baik akan dapat menyingkap kelemahan
anda tetapi ianya amatlah jauh berbeza dengan apa yang anda fikir bahawa
penemuduga hanya mencari jawapan yang menampakkan kecelaan anda.
Ia amatlah mustahak untuk menganggap tiap-tiap soalan itu adalah satu
peluang untuk menyerlahkan diri anda daripada bersifat untuk melindungi
yang tidak perlu. Ia hanyalah untuk menjawab soalan-soalan untuk
menunjukkan betapa bagusnya anda. Menganggap yang soalan-soalan tersebut
adalah objek syak-wasangka tidak akan masuk akal langsung.
Memahami mitos di persekitaran temuduga akan memberi permulaan yang
baik. Ingatlah, temuduga adalah sama dengan usaha dalam hidup:
memahaminya secara mendalam adalah baik untuk membantu anda mencapai
kejayaan. Pemahaman secara mendalam tentang mitos di dalam temuduga akan
memberi anda satu senjata dengan informasi yang anda perlukan untuk
mengelak diri anda daripada terjerumus ke dalam perangkap yang
mengecewakan. Sama pentingnya, satu gambaran yang jelas tentang temuduga
akan membuat anda lebih bersedia dan dapat menyumbangkan keyakinan dan
persembahan anda.
KUNCI TEMUDUGA
Ringkasan kata-kunci tips temuduga
* Orang yang terbaik untuk sesuatu jawatan bukan bermakna akan
memenanginya – selalunya adalah mereka yang memberi temuduga yang
terbaik akan memenanginya.
* Temuduga adalah lebih kerap untuk memberi jawapan teknikal yang
tepat. Ia juga adalah untuk membina silaturahim yang rapat.
* Bukan semua penemuduga tahu apa yang mereka kehendaki; tugas anda
adalah untuk mengetahui bagaimana untuk mengawal penemuduga yang baik
dan tidak.
* Adalah lebih baik anda bersikap jujur dan mengaku tidak
mengetahui daripada cuba berlagak pandai tetapi berakhir dengan
kebodohan dan tidak cerdik anda.
* Mereka yang kelihatan kemas dan segak akan mendapat pekerjaan -
mungkin di dalam layar perak Holywood, tetapi secara keseluruhannya,
majikan adalah lebih menginginkan bakat daripada faktor luaran.
* Percubaan untuk memberi jawapan yang tepat boleh menyebabkan
masalah buat anda. Adalah lebih baik dengan memberi jawapan yang baik
dan bertepatan daripada terkapai-kapai mencari jawapan yang tepat;
kerana lazimnya tiada jawapan yang tepat di sana.
* Jangan bertanya soalan hanya untuk menyoal. Bertanyalah sekiranya
anda benar-benar ingin jawapannya yang belum disentuh semasa temuduga.
* Temuduga adalah peristiwa biasa memerlukan kelakuan yang biasa.
Penemuduga akan beranggapan begitu dan boleh beranggapan secara negatif
sekiranya mereka tidak nampak begitu.
* Penemuduga tidak akan membazirkan masa mencari kecelaan anda.
Mereka lebih berminat untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang
siapa anda. Elak dari menjawab soalan yang mempertahankan diri. Adalah
lebih baik anda berfikiran bahawa setiap soalan itu akan memberi anda
peluang untuk menyerlahkan diri anda.
Pikat Majikan Melalui Resume?
Boleh dikatakan semua orang akan menulis resume dengan bersandarkan
contoh-contoh resume yang ada di internet mahupun resume kenalan anda.
Tetapi tahukah anda dengan hanya menulis resume tanpa strategi yang
menarik dan mampu memikat, ia sebenarnya adalah satu masalah.
Masalah yang saya maksudkan ini adalah resume yang dihasilkan mungkin
mendatar sahaja. Tiada elemen-elemen memikat. Hanya biasa-biasa saja.
Kata orang, tiada /x-factor/.
Contoh mudah adalah seperti “menyanyi”. Saya percaya ramai di antara
anda yang boleh menyanyi dengan baik dan sedap didengar. Ini bermakna
anda bernanyi dengan nod yang betul. Ada yang tinggi dan ada yang rendah.
Kepelbagaian nod dan intonasi dalam nyanyian mampu buatkan sesebuah lagu
itu sedap didengar. Bak kata juri, ada dinamik. Cuba anda nyanyi satu
lagu tanpa mengikut liuk-lentok iramanya. Atau dalam erti kata lain
mendatar sahaja. Pastinya orang akan cakap bilalah dia ni nak habis
menyanyi. Kalau lagu tak sedap, rasa macam lama aja. Huhuhu...
Sekarang, saya kaitkan pula dengar penulisan resume anda. Penulisan
resume tanpa perancangan akan menghasilkan satu resume yang mendatar.
Gagal menarik perhatian bakal majikan yang melihatnya nanti. Mungkin
anda seorang sahaja yang tertarik kepada resume anda.
Di sini, misi anda adalah untuk mendapatkan pekerjaan pertama anda.
Sebelum anda diterima bekerja di sesebuah organisasi, anda perlulah
mempromosikan diri anda sehabis baik agar bakal majikan berminat dengan
anda. Segala yang hebat tentang diri anda seperti pencapaian anda
memerlukan teknik penulisan yang betul untuk menarik perhatian bakal
majikan.
Ramai di antara kita yang menulis resume hanya menulis mengikut
perspektif diri sendiri. Tidak salah jika anda menulis sebegini tetapi
misi anda adalah buatkan bakal majikan tertarik dengan diri anda untuk
diterima bekerja.
Jadi, lebih baik jika anda menulis resume yang memenuhi kemahuan pihak
syarikat. Ini bermakna anda menulis satu resume yang ada sasaran. Ia
berbeza jika anda terus sahaja menulis resume tanpa memikirkan aspek
keperluan majikan. Penulisan resume sebegini hanya akan memberi kepuasan
kepada diri anda sahaja bukan kepada bakal majikan. Jadi, agak susah
untuk resume anda dipilih ke temuduga.
Anda perlu mengetahui tentang syarikat yang bakal anda mohon. Apabila
anda mengetahui sedikit sebanyak tentang syarikat tersebut maka mudahlah
bagi anda menulis resume mengikut keperluan syarikat itu sendiri.
Walaupun anda cuba untuk memenuhi keperluan syarikat di dalam resume
anda, pastikan jangan anda unsur-unsur penipuan.
Anda mesti jujur dalam penulisan resume. Sebagus mana pun resume anda,
tetapi jika ada unsur penipuan, anda mungkin akan mengundang perspektif
negatif bakal majikan. Lebih teruk lagi jika resume anda berjaya
terpilih untuk ditemuduga nanti.
"Kantoinya berkali-kali ganda"
Kesimpulannya, lakukan kajian tentang kemahuan syarikat tempat anda
memohon kerja terlebih dahulu. Kemudian barulah penuhi kemahuannya
melalui resume anda.
Contohnya seperti menjawab ujian ‘Open book’ – Anda baca semua soalan
terlebih dahulu kemudian baru cari jawapan di dalam buku. Anda dah tahu
kemahuan setiap soalan, jadi tugas anda adalah mencari jawapan untuk
soalan tersebut. Cara beginilah bagaimana resume anda mampu memikat
bakal majikan anda.
Betul tak?
Soalan Trik: Ceritakan Kelemahan Diri Anda
Sudah menjadi lumrah dalam temuduga sekiranya anda ditanya soalan trik
yang 'rumit' untuk dijawab. Post kali ini memfokuskan berkenaan cara
menjawab soalan "Ceritakan Kelemahan Diri Anda".
Soalan ini biasanya ditanya ketika hampir di penghujung sesi temuduga,
dimana penemuduga menggunakan soalan ini untuk mengetahui dan menguji
daya pemikiran kreatif calon temuduga.
Calon yang tidak berpengalaman kebiasanyaannya akan:
1. Menjadi gugup,gementar dan mengambil masa yang panjang ataupun tidak
berupaya untuk menjawab soalan ini dalam masa yang singkat.
2. Menceritakan perihal keburukan diri yang boleh mengakibatkan panel
penemuduga mengambil jalan singkat untuk mengenepikan permohonan
calon tersebut.
3. Cuba untuk mengelak dari menjawab soalan berikut dengan menanyakan
soalan balas kepada penemuduga untuk melengahkan jawapan.
Tips untuk menjawab soalan ini:
1. Ceritakan kelemahan yang boleh memberikan impak positif
Bagaimana? Dengan menceritakan minat ataupun kemahiran anda yang secara
tidak langsung memberikan kesan terhadap persekitaran anda. Contoh:
Sample jawapan1
"Menjawab kepada soalan tuan, apa yang saya dapat lihat pada diri saya
adalah, apabila saya mula menumpukan perhatian terhadap sesebuah task,
saya dapati sukar untuk saya berhenti, sampai balik rumah pun saya
terbayang-bayangkan task tersebut".
Sample Jawapan 2
"Saya memang seorang yang people person dan ceria, sampaikan
kadang-kadang saya rasa saya terlebih spend masa dgn client, semata-mata
nak entertain client tersebut."
2. Ceritakan kelemahan yang tidak berkait-rapat dengan kerja
Satu lagi cara adalah dengan menceritakan kelemahan yang langsung tidak
berkaitan dengan pekerjaaan yang dipohon. Bergantung juga kepada panel
penemuduga, kadangkala calon termuduga boleh menggunakan peluang ini
untuk mengubah mood kepada mood yang lebih ceria dengan sedikit humor.
Sample Jawapan:
"Kelemahan diri saya yang utama sekalui -- saya tak ada bakat langsung
dalam masakan, pernah sekali saya cuba nak save budget makan dalam
apartment. Saya cuba untuk buat ikan kering masak asam, tapi bila je
saya masukkan cili dalam belanga, terus keluar asap berkepul sampai
alarm kebakaran berbunyi.... apa lagi panik terus. Keluar je rumah,
jiran2 dah berkumpul sebab diaorang ingatkan ada kebakaran... sejak tu
saya dah tak berani nak cuba-cuba nak explore masak lagi."
Perhatikan sample jawapan tersebut tidak mencerminkan langsung kelemahan
calon dalam melaksanakan tugas (kecuali sekiranya memohon dalam bidang
masakan!). Peluang menceritakan pengalaman sebegini boleh menjadi bahan
jenaka dan humor untuk mengurangkan rasa stress dikalangan panel
penemuduga. Selain itu, ia turut memberikan impresi bahawa anda
merupakan people person dan pandai berkomunikasi.
Anda boleh juga menggunakan pengalaman lain seperti pengalaman anda
melukis, berenang, membaiki kereta dan sebagainya yang menunjukkan anda
mungkin tidak berbakat dalam sesuatu bidang, tp arif dan berkompetensi
dalam bidang pekerjaan yang anda pohon.
Semoga berjaya!!
0 comments:
Post a Comment