SOALAN LAZIM TEMUDUGA
SOALAN DAN JAWAPAN TEMUDUGA
Sesuatu perkara yang selalu memberi tekanan kepada anda.
Betul tak? Walaupun anda telah mengadiri banyak temuduga namun perasaan
tertekan itu masih ada lagi dalam diri anda. Jadi langkah yang terbaik untuk
mengelakan perkara ini adalah dengan melakukan PERSEDIAAN (Preparations)
contohnya mengkaji soalan-soalan yang lazim yang akan ditanya oleh penemuduga
serta jawapan yang bertepatan dengan soalan yang ditanya.
Kadang-kadang penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan
diri anda apabila bercakap didepan mereka walaupun jawapan yang anda bagi tidak
begitu tepat. Petua dia, jangan tak jawab soalan. Bercakap dengan jelas, yakin
pada diri sendiri.
Selain itu anda juga harus menyelidik latar belakang
kerja yang anda nak pilih, company yang anda nak pilih. Dengan itu anda
mempunyai kelebihan dalam menjawab soalan yang ditanya nanti. Berikut adalah
beberapa soalan yang famous yang selalu ditanya oleh penemuduga, yang saya
pecahkan kepada beberapa bahagian :
1)
SEJARAH PEKERJAAN ANDA SEBELUM INI
Soalan: Namakan kompeni , jawantan, tarikh masuk
dan tarikh berhenti, dan berapa gaji ANDA semasa berkhidmat ditempat kerja yang
sebelum ini?
Penerangan: Anda mungkin
terkejut dengan soalan sedemikian. Walaupun soalanya senang tapi boleh
mendatangkan masalah juga kalau anda tak boleh jawap dengan betul. Jadi ingat
balik semua perkara tersebut dan terangkan secara terperinci seperti yang
terdapat pada resume yang anda hantar kepada mereka. Salah Satu cara yang
paling mudah adalah sediakan satu nota tetang perkara diatas kemudian kalau
boleh hafal dan bawa semasa hari temuduga.
Soalan: Apakah tanggungjawab anda ditempat kerja sebelum
ini?
Penerangan:Dalam menjawab soalan ini, anda hendaklah
menerangkanya secara khusus tentang apa yang telah anda lakukan sebelum ini dan
kaitkan dengan pekerjaan yang anda inginkan sekarang. Apa yang penting disini
adalah anda perlu menerangkanya dengan jujur. Jangan menipu. Jangan memandai
nak menceritakan tanggungjawab yang padahal anda tak buat.Penemuduga pun tahu
raiak muka kita kalau kita tipu. Lagi nahas kalau pihak pengurusan menyelidik
latar belakang anda di tempat kerja anda sebelum ini.
Soalan: Apakah cabaran utama yang pernah anda hadapi dan
bagaimana anda mengendalikan masalah tersebut?
Penerangan:Apabila
anda ditanya soalan temuduga kerja seperti ini "Bagaimana anda menangani cabaran?" pastikan
menyertakan contoh-contoh khusus tentang
bagaimana anda mengendalikansituasi yang sukar
yang pernah anda alami. Bincangkan
bagaimana anda membuat penyelidikantentang masalah
tersebut dan cadangan anda untuk
mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.
Soalan: Apakah yang telah anda pelajari
daripada kesilapan anda telah lakukan sebelum ini?
Penerangan: Apabila anda menjawab soalan ini,
pastikan anda menukarkan perkara yang negatif kepada perkara yang positif.
Contohnya seperti berikut:
#Salah satu perkara penting yang menjadi
pengajaran kepada kerjaya dan diri saya ialah Kegigihan. Tidak mudah berputus
asa kerana mungkin ada jalan penyelesaian yang mudah yang kita tidak sedar
perkara tersebut boleh menyelesaikan masalah kita.
#Saya telah belajar untuk
memberikan peluang yang kedua kepada setiap orang, keranatanggapan pertama kita sering menyebabkan
kekeliruan dan tidak tahu perkara yang sebenar yang terjadi.
#saya selalu membuat kerja last minute. Ianya
amat menyusahkan daripada membuat kerja dan siap lebih awal daripada dew date.
Soalan :Apakah yang anda suka dan
tidak suka berkerja ditempat lama anda terdahulu?
Penerangan: Apabila anda ditanya dengan soalan “apa
yang tidak suka tentang pekerjaan anda sebelum ini, anda jangan terlalu memberi tanggapan yang negatif terhadap
perkerjaan anda sebelum ini. Sebabnya ialah mungkin penemuduga beranggapan bahawa anda akan bercakapnegatif tentang pekerjaan baru atau syarikat apabila anda sudah bersedia untuk berkerja atau
dipilih nanti (jika anda mendapat mendapat
pekerjaan yang ditemuduga). Sebaliknya anda perlu bercakap tentang diri sendiri dan memberitahu tentang apa yang anda ingin
sumbangkan kepada pekerjaan yang baru. Contoh jawapan dia seperti
berikut:
#Saya seronok bekerja di tempat lama bersama-sama dengan
rakan-rakan setugas yang saya yang lain. Suasana kerja yang tidak tegang
memnyebabkan saya seronok untuk pergi kerja setiap hari. Saya mendapat kepuasan
bekerja di tempat kerja lama saya.
#Salah satu sebab saya meninggalkan tempat kerja lama
saya ialah kerana ianaya tidak mempunyai banyak cabaran serta mudah untuk saya
selesaikan. Saya inginkan cabaran yang lebih daripada itu.
#Saya rasa saya sudah memberi komitmen yang lebih
ditempat kerja lama saya, malangnya sejak beberapa tahun saya bekerja disana,
masih lagi memegang jawatan yang sama dalam erti kata lain tak naik pangkat.
#Saya rasa kepakaran saya tidak sesuai di tempat kerja
lama saya, akan tetapi saya menghargai jasa yang telah saya sumbangkan kepada
tempat kerja lama saya.
Soalan :Pernakah anda bekerja dengan rakan
setugas yang anda benci? Jika pernah, bagaimana mana anda uruskan perkara
tersebut.
Penerangan :Ya saya pernah bekerja dengan orang
sedemikian. Walaubagaimanapun apabila saya melihat dia fokus terhadap kerja dan
tahu mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah, saya menghargai apa
yang telah dia buat. Kemudian perlahan-lahan perasaan benci saya bertukar
menjadi suka walaupun kami tidak berkawan.
Soalan :Kenapa anda berhenti bekerja ditempat
kerja lama anda?
Penerangan:Soalan ini melibatkan dua perkara utama.
Pertama jika anda berhenti kerja kerana kerelaan anda sendiri dan yang kedua
ialah kerana anda dipecat.
Jika anda berhenti secara suka rela. Jawapan dia seperti
berikut:
#Saya
berasa bosan bekerja di tempat lama saya kerana kurang cabaran dan tidak
bersesuaian dengan bakat yang saya miliki. Saya ingin merasakan kenikmatan
berkerja dan saya tidak mahu berkerja secara tidak ikhlas disebabkan faktor
saya tidak mempunyai bakat dalam bidang pekerjaan yang saya ceburi. Jadi ianya
perkara yang sia-sia sahaja dan berkemungkinan besar mengambil masa yang lama
untuk mengecapi kejayaan serta naik pangkat.
SOALAN
TEMUDUGA MENGENAI DIRI ANDA
Selain daripada soalan tentang pekerjaan lama anda juga
akan ditemuduga berkenaan dengan personaliti anda sendiri. Bagaimana
tingkahlaku anda bekerja selama ini. Berikut ada beberapa soalan yang agak
famous yang ditanya oleh penemuduga.
Soalan:Apakah kelemahan yang ketara dalam diri kamu?
Penerangan:Apabila anda ditanya dengan soalan sebegini,
anda jangan terlalu mendedahkan kelemahan anda yang ketara. Seperti yang saya
bagi tahu sebelum ini iaitu cuba tukarkan perkara yang negative kepada
positif.Contohnya seperti berikut:
Apabila saya diberi satu tugas, saya akan siapkannya
lebih awal daripada jadual yang sepatutnya kerana saya banyak mengambil
ikhtibar daripada buat kerja last minute yang sangat menyakitkan.
#Saya sangat mementingkan kersempurnaan dalam kerja yang
saya lakukan. Oleh yang demikian saya akan menyemak kerja saya berkali-kali
sehingga saya betul-betul puas hati dengan apa yang saya lakukan.
Soalan :Apakah kekuatan yang ketara dalam diri kamu?
Penerangan :Mungkin soalan ini sangat mudah untuk anda
jawab. Cara yang terbaik untuk menjawab soalan ini ialah dengan menerangkan
kemahiran dan pengalaman kamu yang berkerja ditempat lain sebelum ini dan
kaitkan dengan kerja yang anda pohon sekarang.Contohnya adalah seperti berikut:
#Saya telah mencapai matlamat jualan syarikat setiap
tahun dan saya telah diberi bonus diatas pencapaian saya tersebut.
#Saya mahir mengurus masa saya dengan baik, cekap dan
teratur sekaligus memudahkan saya untuk memberi tumpuan kepada tugasan yang
seterusnya.
#Saya mampu mencari jalan penyelesaian kepada setiap
masalah yang sukar kerana saya tahu setiap masalah itu ada cara penyelesaianya
yang tersendiri.
Soalan :Bagaimana kekuatan yang ada pada diri anda boleh
membantu anda dalam pekerjaan yang anda ceburi?
Penerangan :Soalan ini adalah soalan susulan daripada
asas kekuatan anda tadi. Anda perlu huraikan bagaimana keupayaan tersebut
membantu anda dalam berkerja. Jawapan ringkas yang saya syorkan adalah seperti
berikut.
#Keupayaan saya yang paling ketara adalah boleh bekerja
dengan pelbagai individu yang berbeza agama, bangsa dan budaya. Saya seronok
bekerja dengan semua orang yang saya jumpa dan dalam masa yang sama saya akan
merapatkan hubungan dengan mereka sekaligus memudahkan saya untuk menguruskan
kerja secara berpasukan.
#Saya sentiasa fokus terhadap kerja yang saya lakukan. Saya
tidak mencampuradukan kerja dengan masalah personal saya ketika ditempat kerja.
Oleh hal yang demikian saya mampu memberi komitmen yang tinggi terhadap kerja
saya walaupun sibuk.
#Walaupun saya sibuk dengan pelbagai tugas akan tetapi
saya akan sentiasa memastikan kerja yang saya lakukan mengikut dew date yang
telah ditetapkan atau sebelum tarikh akhir tugasan diserahkan.
Soalan :Ceritakan seba sedikit tentang latar belakang anda?
Penerangan:Dalam menjawab soalan ini anda harus member
jawapan berkenaan dengan jawatan, suasana kerja dan budaya kerja anda sebelum
ini. Contohnya seperti berikut:
#Saya enjoy bekerja dan bermesyuarat dengan semua orang
dan sentiasa fokus terhadap kerja saya.
#Saya seorang yang berfikiran kreatif. Saya sentiasa
mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk setiap masalah yang saya hadapi
terutamanya dalam tugasan yang amanahkan kepada saya.
#Saya cekap dalam melakukan tugasan dan membuatkan saya
lebih proaktif dalam semua melaksanakan tugasan.
Soalan: :Cuba ceritakan cara kerja anda?
Anda perlu member jawapan yang berpadanan dengan kerja
yang anda temuduga sekarang.Berikut adalah cadangan jawapanya:
#Saya sangat fokus, konsisten dan berkemampuan untuk berkerja
dengan lebih cepat dan efisen.
#Saya sentiasa menyemak kerja saya supaya kerja saya
lakukan itu betul-betul berkualiti untuk kebaikan kepada syarikat saya.
#Saya membuat kerja dengan terancang supaya saya boleh
member tumpuan kepada kerja yang seterusnya.
#Saya sentiasa
berbincang dengan rakan sekerja yang lain dalam melaksanakan tugasan yang
diberi supaya lebih cekap dan efisen.
Soalan:Bagaimana cara anda menangani tekanan kerja?
Penerangan:Dalam soalan ini anda perlu menceritakan
pengalaman anda apabila mengalami tekanan. Contoh jawapan mudah adalah seperti
berikut:
#Tekanan adalah penting kepada saya kerana dengan adanya
tekanan saya boleh melakukan tugasan dengan lebih baik. Cara yang sesuai untuk
saya mengimbangi tekanan adalah dengan cara mengasingkan tekanan yang baik dan
tekanan yang buruk. Saya perlukan tekanan yang baik untuk kekal bermotivasi dan
produktif.
#Saya bertindak berdasarkan Situasi dan bukanya tekanan
kerana saya tidak mahu memikirkan tekanan yang menyebabkan prestasi kerja saya menurun.
#Saya bukanlah seorang yang sukar berkerja apabila dalam
tekanan. Saya sentiasa fokus dan berusaha untuk menyiapkan kerja saya.
Soalan:Apakah perkara yang dapat memberikan anda motivasi dalam bekerja?
Penerangan:Contoh jawapan adalah seperti berikut:
#Saya adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap kerja
dan saya akan memastikan kualiti kerja saya sentiasa terbaik bersama-sama rakan
sekerja yang lain. Saya melatih diri saya sendiri untuk bekerja dan siap tepat
pada masanya untuk mendapatkan prestasi kerja yang terbaik.
#Saya
sentiasa ingin melakukan kerja dengan baik walau apa jua jawatan yang saya
sandang. Saya sentiasa ingin cemerlang dalam kerja yang saya buat supaya ianya
member kepuasan peribadi saya dan juga majikan saya khususnya.
0 comments:
Post a Comment