Breaking News
Loading...
Sunday, July 28, 2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Sunday, July 28, 2013
Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos 2013. Kami memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaaan Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:

PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17
Gred Gaji U17:
P1 RM974.88 - P1 RM2541.06

Elaun :
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM115.00
Imbuhan Tetap Perumahan       :  RM180.00
Bantuan Sara Hidup                    : RM300.00

Taraf Jawatan : Tetap / Sementara

Kekosongan : 9

Syarat Lantikan :
a) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf  setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

b) Tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian yang diiktiraf oleh kerajaan; dan

c) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Kenaikan Pangkat Secara Lantikan  
(Bagi Kakitangan UKM Berjawatan Tetap Sahaja)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian U17, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

a) Mempunyai kelayakan di perenggan (a-b) di atas; dan

b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

Umur: 
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. 
Pegawai sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.

Cara memohon:

Sila layari laman web UKM : http://www.ukm.my/sppj  bagi membuat permohonan secara 'online'.

Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri ujian / temu duga.

Tarikh Tutup Permohonan : 6 Ogos 2013

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer