Breaking News
Loading...
Wednesday, July 31, 2013

TABUNG HAJI

Wednesday, July 31, 2013
POLIS BANTUAN TH (KONSTABEL) (KONTRAK) - Lelaki Sahaja

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
i. Warganegara Malaysia yang beragama Islam dan berumur di antara 18 tahun hingga 28 tahun.
ii. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iii. Calon yang mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu; dan Lulus mata pelajaran Bahasa Ingggeris serta Matematik akan diberi keutamaan.

iv. Mempunyai syarat-syarat ukuran badan dan pancaindera seperti berikut:-

  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m.
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (BMI normal antara 19 hingga 24).
  • Mempunyai ukuran lilitan dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas.
  • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; DAN
  • Pengecaman warna dan pendengaran sempurna serta sihat tubuh badan.


v. Berpengetahuan mengenai perkara-perkara asas Fardhu Ain dengan baik dan berkemahiran membaca Al-Quran dengan lancar;
vi. Bebas daripada sebarang rekod jenayah;
vii. Menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik dalam pertuturan dan penulisan;
viii. Berkemahiran dalam penggunaan perisian komputer Microsoft Word/Excel.

1.2. TANGGUNGJAWAB
i. Menjaga keselamatan bangunan, harta benda, wang tunai dan Kumpulan TH serta anggotanya;
ii. Membantu Bahagian Pengurusan Hartanah dalam menyelenggarakan banggunan-bangunan TH dari aspek perkhidmatan teknikal;
iii. Memberi khidmat sokongan dan bantuan kepada TH supaya ia dapat memberikan perkhidmatan yang baik kepada pendeposit dan pelanggan-pelanggannya.

2. TEMU DUGA TERBUKA (01 OGOS 2013)

2.1. Temu duga akan diadakan pada 01 Ogos 2013 (Khamis) mulai jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengahari. Calon-calon yang berminat, sila hadir ke alamat berikut:
Menara Tabung Haji
Lot 20485, Jalan Air Molek
80720 JOHOR BAHRU
JOHOR

2.2. Sila bawa bersama salinan asal dan fotokopi maklumat berikut:-

i. Satu (1) salinan Kad Pengenalan Malaysia (MyKad)
ii. Dokumen asal sijil-sijil akademik dan sijil penghargaan beserta salinan setiap satu;
iii. Satu (1) keping gambar terkini berukuran pasport; DAN
iv. Satu (1) salinan Resume yang lengkap.

2.3 Calon akan melalui Pemeriksaan Fizikal yang dikendalikan oleh Pegawai dari Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor. Semasa sesi Pemeriksaan Fizikal, calon diminta berpakaian seperti berikut:-

T-shirt dan seluar pendek

2.4 Hanya calon yang melepasi Tapisan Pemeriksaan Fizikal akan layak ke Ujian Saringan Fardhu Ain. Sekiranya calon lulus Ujian Saringan Fardhu Ain tersebut, calon layak untuk ditemu duga.

2.5 Pakaian semasa sesi Ujian Saringan Fardhu Ain dan temu duga adalah seperti berikut:-

Kemeja berlengan panjang, berseluar slack berserta stoking dan kasut.

2.6 Jika calon-calon tidak dihubungi dalam tempoh ia (3) bulan dari tarikh temu duga, maka permohonan mereka dianggap tidak berjaya.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer