Breaking News
Loading...
Sunday, July 28, 2013

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi

Sunday, July 28, 2013
Iklan Permohonan Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 Bidang Dandanan dan Terapi Kecantikan

Individu yang memiliki kelayakan dalam bidang pengkhususan seperti di bawah adalah dipelawa untuk memohon jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29:

1. Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam bidang Dandanan Rambut dan Terapi Kecantikan Spa; atau

2. Diploma bidang lain yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai sijil kemahiran dalam bidang Dandanan Rambut dan Terapi Kecantikan Spa. Semakan pengiktirafan kelayakan boleh dibuat melalui portal rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di eSISRAF.

Permohonan boleh dikemukakan melalui portal www.jobsmalaysia.gov.my.

Tarikh tutup permohonan bagi iklan ini adalah pada 16 Ogos 2013.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-8871 7405 / 7413.

Sila klik pada pautan skim dan syarat lantikan untuk sebarang maklumat lanjut berhubung skim dan syarat lantikan. Urusan pengambilan yang dijalankan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer