Breaking News
Loading...
Sunday, July 28, 2013

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI TERENGGANU

Sunday, July 28, 2013
Kerja Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT). Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan berikut:-

 1. MAKLUMAT JAWATAN :

 Jawatan :  JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA
 Kod Gaji :  J17
 Kod Skim :  4828
 Jabatan :  Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Terengganu
 Klasifikasi :  Perkhidmatan Kejuruteraan
 Kumpulan Perkhidmatan :  Pelaksana
 Deskripsi Tugas : Menjalankan kajian tapak (kegunaan tanah), soal-selidik sosioekonomi, menyediakan pelan dasar, landskap, kajian kampung dan memberi maklumat guna tanah.
 Taraf Jawatan : Tetap

 2. JADUAL GAJI :

Gaji Minimum - RM952.66
Gaji Maksimum - RM3299.86
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan - RM95.00

 3. SYARAT LANTIKAN :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(b) sijil dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan : RM1,417.59);

DAN

(c) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4. MAKLUMAT JAWATAN : 

Jawatan :  PENGHANTAR NOTIS
 Kod Gaji :  N3
 Kod Skim :  4320
 Jabatan :  Pelbagai Jabatan Kerajaan Negeri Terengganu
 Klasifikasi :  Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
 Kumpulan Perkhidmatan :  Pelaksana .

Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab menyerahkan saman kepada defendan dan mendapatkan tandatangan penerima, menyediakan pengendosan penyampaian, menyediakan afidavit penyerahan dan mempastikan saman yang ditandatangani sebagai penerimaan dan afidavit penyerahan difailkan di mahkamah.

Taraf Jawatan : Tetap

5. JADUAL GAJI :

Gaji Minimum - RM801.84
Gaji Maksimum - RM2277.86
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan - RM 80.00 .

6. SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN :

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Pejabat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penghantar Notis Gred N3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) (i) berpelajaran di peringkat sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

(ii) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(Gaji permulaan : RM847.99); atau

(iii) lulus Peperiksaan Khas;

(b) mempunyai lesen menunggang motosikal yang sah; dan

(c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Tarikh Tutup : 12 Ogos 2013


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer