Breaking News
Loading...
Sunday, September 8, 2013

Universiti Teknologi Mara (UiTM

Sunday, September 08, 2013
Universiti Teknologi Mara (UiTM). Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas mengikut syarat-syarat perlantikan seperti berikut:

Logo Universiti Teknologi Mara (UiTM)
1. PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN

a) Warganegara Malaysia (Bumiputera)

b) Permohon mestilah berumur 17 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga.

c) Sihat tubuh badan

d) Keutamaan akan diberi kepada anak-anak staf UiTM. Ahli keluarga yang lain atau kenalan juga boleh 
dipertimbangkan. Staf UiTM yang terbabit akan dianggap sebagai rujukan perwatakan permohon.

e) Kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya.

f) Pelajar UiTM / Bekas pelajar UiTM / Staf Akademik UiTM tidak dibenarkan memohon.

g) Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas.

h) Pihak UiTM boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.

2. Taraf jawatan – Sambilan (mengikut tempoh peperiksaan iaitu bermula dari 25/09/2013 hingga 13/10/2013 :termasuk Sabtu & Ahad)

3. Kadar Elaun – RM4.00 sejam (8.00 pagi – 6.00 petang : tidak termasuk waktu rehat)

4. Calon yang berminat sila dapatkan Borang Permohonan di http://www.ined.uitm.edu.my atau di:

PUSAT PENGAJIAN PRA/DIPLOMA
INSTITUT PENDIDIKAN NEO
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
DW9, INTEKMA RESORT & CONVENTION CENTER
PERSIARAN RAJA MUDA, SEKSYEN 7
40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
(PN NORITA SAPIEN : 5522 5393/ PN NOOR AZLIDA : 55225397)

5. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum atau pada 09/09/2013



0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer