Breaking News
Loading...
Sunday, September 8, 2013

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Sunday, September 08, 2013
Warganegara Malaysia yang terdiri daripada ANAK NEGERI SELANGOR yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan kontrak seperti berikut :

Logo Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

1. Pembantu Syariah LS17
2. Pembantu Tadbir (P/O) N17
3. Pembantu Setiausaha Pejabat N17
4. Pegawai Syariah LS52
5. Penghantar Notis N3
6. Pemandu Kenderaan R3
7. Pembantu Am Pejabat N1
8. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
9. Penolong Pegawai Syariah LS27
10. Pegawai Syariah LS41


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang JAKESS.PSM.1 yang boleh didapati di laman web www.jakess.gov.my atau hadir sendiri ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Tingkat 1, Seksyen Pentadbiran Dan Sumber Manusia, Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor. (atau muat turun di bawah)

(b) Semua borang permohonan hendaklah dilengkapkan dan disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Lahir, Sijil-sijil Persekolahan, kelulusan akademik beserta sekeping gambar berukuran pasport;

(c) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga melalui E-mel dan surat;

(d) Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 SEPTEMBER 2013

(e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya;

(f) Setiap permohonan melebihi satu jawatan perlu menggunakan borang berasingan;

(g) Sila catatkan di hujung kiri sampul dengan No.Rujukan JAKESS.PSM.1

(h) Sila kemukakan permohonan kepada :

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR
BANGUNAN MAHKAMAH SYARIAH SULTAN IDRIS SHAH
PERSIARAN MASJID, SEKSYEN 5
40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

TELEFON : 03-55191291, 55191294, 55113708 & 55191304
FAX : 03-55105620 & 55126068



0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer