Breaking News
Loading...
Thursday, April 28, 2016

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) - 10 Mei 2016

Thursday, April 28, 2016
 



Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Mei 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sebagai :

1. JURUTERA J41/J44
2. JURUAUDIT W41 / W44
3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29/F32
4. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA JA20/JA36
5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27/N32
6. PEMBANTU TADBIR N27/N32
7. PEMBANTU PENILAIAN W17/W22
8. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17/U22
9. PEMBANTU KEMAHIRAN H17/H22
10. PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17/S22
11. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17/W22
12. PEMBANTU KESELAMATAN KP17/KP22
13. PENGHANTAR NOTIS N11/N14

Tarikh tutup permohonan 10 Mei 2016
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan


CARA MEMOHON :
(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/2014/1 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di
alamat www.mbjb.gov.my.

(b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.17 di bawah Peraturan-Peraturan PegawaiAwam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2005 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.

(c) Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 MEI 2016

(d) Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan :-
 (i) salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
 (ii) salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
 (iii) salinan transkrip pengajian;
 (iv) salinan sijil Diploma/Ijazah ;
(v) salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA (Diploma/Ijazah);
 (vi) salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;
 (vii) salinan Lesen Kelas Memandu;
 (viii) salinan kad pengenalan; dan
 (ix) gambar berukuran pasport terbaru.

dan hendaklah diakui sah serta alamatkan kepada :-

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
PETI SURAT 232
80720 JOHOR BAHRU

(e) Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my

Iklan jawatan dan borang permohonan jawatan disini
jobsmalaysianew.blogspot.com 

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer