Jawatan kosong terkini di Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) Mei 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) sebagai :
1. ADMINIATRATIVE ASSISTANT
2. EXECUTIVE, ENTREPRENEURSHIP LEARNING AND DEVELOPMENT
Tarikh tutup permohonan 27 Mei 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
LATAR BELAKANG
YAB PM telah mengumumkan bahawa Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dipindah selia daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada Unit Peneraju Agenda Bumiputera di bawah Jabatan Perdana Menteri. INSKEN telah diperbadankan sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan pada 18 Jun 2014.
Objektif
Mengkaji keberkesanan inisiatif latihan dan pembangunan keusahawanan, institusi, polisi sedia ada yang berkaitan di dalam penyampaian agenda; pencapaian keterangkuman untuk merapatkan jurang ekonomi; menambah-baik, mengubah dan menambah nilai latihan dan pembangunan latihan keusahawanan yang sedia ada; merancang, mengenal pasti, memantau dan/atau menerajui usaha baru untuk memperkuatkan tahap usaha keusahawanan masa ini; dan
Melaksanakan pengurusan program dan akitiviti berkaitan pembangunan dan latihan usahawan negara dengan kerjasama rapat bersama agensi-agensi kerajaan yang lain, institusi dan organisasi dalam dan luar negara yang lain untuk merancang program baru dan juga memantau keberkesanan program berkaitan.
Visi
INSKEN beraspirasi untuk menjadi pusat pembangunan keusahawanan terulung negara yang menyelaras dan memudahcara latihan dan pembangunan keusahawanan dalam mewujudkan ekosistem keusahawanan yang berdaya maju, mampan, dan lestari dalam meningkatkan sumbangan usahawan kepada ekonomi.
Misi
Sebagai sebuah institusi negara, INSKEN komited dalam menyediakan dan menambahbaik latihan, bimbingan, pembangunan dan penyelidikan keusahawanan agar bertaraf antarabangsa.
INSKEN akan menerajui gerakan pembangunan keusahawanan dengan menyelaras dan bekerjasama dengan semua pihak terlibat, dalam dan luar negara.
INSKEN berusaha untuk menyediakan program inovatif yang berasaskan keperluan, Dipacu Industri dan Diterajui Usahawan untuk mencapai objektifnya.
0 comments:
Post a Comment