Breaking News
Loading...
Wednesday, November 20, 2013

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Wednesday, November 20, 2013
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Keretapi Tanah Melayu Berhad  bagi jawatan berikut:-
POLIS BANTUAN
(LELAKI SAHAJA)
Syarat Kelayakan
  • Lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP) / Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan mendapat kepujian di dalam Bahasa Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan (bagi calon luar) atau tidak tidak melebihi 30 tahun bagi kakitangan KTM Berhad;
  • Tinggi tidak kurang daripada 165 sm (tanpa memakai kasut);
  • Berat badan tidak  kurang daripada 48kg;
  • Ukuran dada biasa 79sm, tarik  nafas 84sm;
  • Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa cermin mata;
  • Boleh berkomunikasi dan menulis  di dalam Bahasa Malaysia;
  • Bebas dari segala jenis Dadah / Jenayah.
  • Sedia ditempatkan  ke mana-mana lokasi di rangkaian KTM Berhad;
Spesifikasi Tugas.
  • Menjaga kawasan bit, pos bengkel, ibu pejabat, pejabat tunai, stesen, dan platform;
  • Menjalankan tugas-tugas mengiringi wang ke bank bersama penyelia;
  • Menjalankan tugas-tugas rondaan  bersama penyelia di laluan komuter;
  • Mengeluarkan pas pelawat kepada orang awam yang memasuki depoh dan pejabat di ibu pejabat KTM Berhad;
  • Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang keluar masuk di depoh;
  • Membuat laporan kenyataan yang benar dalam buku catatan, buku harian, balai dan sebarang buku laporan.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport  dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar  tidak lewat daripada  22 November 2013 ke alamat seperti berikut:-
Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Tel: 03-22631368/03-22631312

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer