Breaking News
Loading...
Wednesday, November 20, 2013

Institut Sukan Negara Malaysia (ISN)

Wednesday, November 20, 2013
Jawatan Kosong Di ISN November 2013
Institut Sukan Negara Malaysia (ISN) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Belia Dan Sukan yang memberi perkhidmatan sains, perubatan dan teknologi sukan kepada bakat sukan daripada peringkat akar umbi sehingga melahirkan atlet bertaraf dunia melalui kaedah saintifik.
ISN dengan ini mempelawa pemohon – pemohon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan ini untuk mengisi kekosongan jawatan – jawatan berikut di dalam perkhidmatan Institut Sukan Negara Malaysia.
  1. Pengarah
  2. Pegawai Perubatan
  3. Pegawai Penyelidik
  4. Pegawai Pemulihan Perubatan
  5. Pegawai Dietetik
  6. Penolong Pegawai Perubatan
  7. Jurupulih Perubatan
  8. Jururawat
  9. Juru X-Ray
  10. Penolong Pegawai Perubatan
  11. Pegawai Belia Dan Sukan
  12. Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
  13. Penolong Pegawai Tadbir
  14. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
  15. Pembantu Belia Dan Sukan
  16. Pemandu Kenderaan
  17. Juruteknik Komputer
  18. Pegawai Khidmat Pelanggan
SYARAT LANTIKAN
Syarat lantikan secara terperinci beserta maklumat lanjut berkenaan dengan jawatan – jawatan yang diiklankan boleh diperolehi dengan melayari laman web rasmi Institut Sukan Negara (ISN) di www.isn.gov.my
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut:
Cawangan Sumber Manusia, Institut Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
· Permohonan yang tidak lengkap, memenuhi syarat dan selepas tarikh tutup 30 November 2013, akan DITOLAK.
· Hanya pemohon yang dipanggil TEMUDUGA SAHAJA perlu membawa dokumen – dokumen asal, sijil dan salinan yang telah disahkan.
· Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
BORANG PERMOHONAN
Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web ISN di pautan:
http://www.isn.gov.my/one/download/BorangKerjayaISN.pdf

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer