Breaking News
Loading...
Wednesday, November 6, 2013

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Wednesday, November 06, 2013


Jawatan Kosong 2013 di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

1. Pegawai Khidmat Pelanggan N17
2. Pegawai Kebudayaan B27
3. Pegawai Kebudayaan B41
CARA MEMOHON
a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan ASWARA yang boleh diperolehi dengan memuat turun
borang tersebut di laman Web ASWARA iaitu www.aswara.edu.my
b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak
Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan
Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Nilaian Prestasi untuk tempoh 3 (tiga) tahun berturut-turut yang telah disahkan.
c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 40.5sm x 30.5sm. Di sudut atas
sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan dipohon bersama-sama dokumen-dokumen yang telah DISAHKAN:
i) sekeping gambar terbaru berukuran passport;
ii) salinan sijil kelahiran;
iii) salinan kad pengenalan;
iv) salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan; dan
v) sesalinan resume dan dokumen-dokumen sokongan dan sijil-sijil yang berkaitan.
d) Permohonan yang tidak lengkap seperti berikut akan DITOLAK :
i) tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
ii) tidak lengkap atau tidak terang;
iii) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
iv) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat; dan
v) salinan sijil-sijil tidak ditandatangani dan tiada pengesahan.
e) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum atau pada 6 Nov 2013.
Rektor
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
464, Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel: 03-2697 1777 / 5258 / 1149

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer