Breaking News
Loading...
Tuesday, May 3, 2016

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) - 13 Mei 2016

Tuesday, May 03, 2016
Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Mei 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S27
2. PEMBANTU PENILAIAN W17

Tarikh tutup permohonan 13 Mei 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

PERHATIAN KEPADA PEMOHON :-
i. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan penilaian prestasi yang terkini;

ii. Permohonan daripada kakitangan Majlis Perbandaran Selayang yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Bahagian Sumber Manusia;

iii. Permohonan mestilah disertakan dengan salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan; (salinan sah juga boleh disahkan oleh Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Selayang)

iv. Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;

v. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

vi. Sila pastikan semua ruangan yang perlu diisi, hendaklah dilengkapkan dan bertandatangan. 

PERMOHONAN :-
Borang MPS 1 boleh dibeli di Kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 7, Menara Majlis Perbandaran Selayang dengan harga RM 1.00 tunai / naskah atau boleh dicetak melalui Laman
Sesawang MPS www.mps.gov.my.

Permohonan hendaklah dihantar dengan menggunakan sampul surat dan dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat kepada :-

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
TINGKAT 7, MENARA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG,
PERSIARAN 3, BANDAR BARU SELAYANG,
68100 BATU CAVES,
SELANGOR DARUL EHSAN.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer