Breaking News
Loading...
Monday, May 2, 2016

Majlis Perbandaran Kluang (MPKluang) - 09 Mei 2016

Monday, May 02, 2016



Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Perbandaran Kluang (MPKluang) Mei 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada waganegara Malaysia khususnya kepada rakyat Negeri Johor  yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kluang (MPKluang) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29

Tarikh tutup permohonan 09 Mei 2016
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan harga RM 1.00/set di pejabat Majlis Perbandaran Kluang atau dengan memuat turun borang di laman web http://www.mpkluang.gov.my. Borang permohonan yang telah LENGKAP DIISI hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KLUANG
WISMA MAJLIS PERBANDARAN KLUANG
JALAN KOTA TINGGI
86000 KLUANG
JOHOR DARUL TA’ZIM

PERHATIAN KEPADA PEMOHON :
a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini ;

b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah;

c) Permohonan yang lewat , tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak.

d) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga; dan

e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

f) Pentadbiran Majlis Perbandaran Kluang tidak akan bertanggung jawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer