Breaking News
Loading...
Sunday, October 27, 2013

Maktab Mahmud

Sunday, October 27, 2013
Jawatan Kosong 2013 di Maktab Mahmud
Jawatan Kosong  di Maktab Mahmud

JAWATAN : GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH SISWAZAH
( Bidang Bahasa Arab )
( Bidang Pendidikan Islam )
( Bidang Bahasa Dan Kemanusian )
( Bidang Sains Dan Matematik )
( Bidang Bahasa Inggeris )
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
TARAF JAWATAN : SANDARAN
GRED ELAUN : DC41
JADUAL ELAUN : P1 Minimum RM 1806.24 – P1 Maksimum RM 3560.08 BULANAN
1. Syarat Lantikan Bagi Jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih Siswazah
Calon – calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a) Warganegara Malaysia ;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
c)
(i) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi luar negara/tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Elaun Permulaan ialah pada Gred DC41 RM 2149.03 ); atau
(ii) Ijazah sarjana muda am yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi luar negara/tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Elaun Permulaan ialah pada Gred DC41 RM 1944.62 ); atau
(iii) Ijazah sarjana muda luar negara perlu mendapat pengiktirafan JPA;
d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
CARA MEMOHON :
a)Sila kemukakan permohonan melalui borang permohonan jawatan yang boleh didapati di Laman Web berikut http://www.lmm.gov.my mulai 27 Oktober 2013 berserta Wang Pos bernilai RM 5.00 dibayar atas nama ‘SETIAUSAHA LEMBAGA MAKTAB MAHMUD’ .
b)Sila catatkan dengan lengkap nama jawatan serta bidang yang hendak dipohon di dalam ruangan borang permohonan yang disediakan.
c)Permohonan berikut akan ditolak :
i)Dokumen yang diperlukan tidak lengkap ;
ii)Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
iii)Tidak disertakan Wang Pos bernilai RM 5.00 bagi setiap satu borang permohonan.
Borang yang telah lengkap diisi berserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :-
Setiausaha
Lembaga Maktab Mahmud,
Persiaran Sultan Abdul Hamid,
05050 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
( u.p : Unit Pengurusan Sumber Manusia )

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer